Sunday, September 20, 2009

Tongod Kinabatangan


Kampung Tongod merupakan sebuah kampung yang terletak di kawasan pedalaman negeri Sabah.  Sebuah kampung yang sudah tentunya mempunyai budaya tersendiri yang unik lagi pelbagai.  Terdapat buah mulut yang menyatakan bahawa nama "Tongod" diambil sempena nama pokok tongod. Sejauhmana kebenarannya admin juga kurang pasti. Mohon beri pencerahan diruangan komen jika ada diantara saudara/saudari pengunjung blog ini yang mengetahuinya dengan lebih terperinci.
     Kedatangan "missionnary" ke Tongod dikatakan telah menjadi titik permulaan kepada satu corak kehidupan yang baru, yang lebih bercirikan keperluan semasa dan akan datang sama seperti masyarakat luar yang lain.  Para Missionnary telah memberikan satu haluan yang baru kepada kehidupan masyarakat Tongod pada waktu itu meliputi semua aspek kehidupan mereka seperti agama, pendidikan, ekonomi, kesihatan dan sebagainya.  Melalui kedatangan missionnary-missionnary ini, sekolah telah dibina di kampung ini dan dikenali sebagai sekolah misson.  .  Sebagai sekolah terawal pada waktu itu, admin beranggapan bahawa penekanan pendidikan sewaktu itu bermula dengan kemahiran 3 M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Dari segi sukatan pelajaran, aliran-aliran, sistem penilaian, admin belum dapat mengesahkannya. Semoga terdapat diantara rakan pengunjung blog yang mengetahui secara terperinci dan dapat mengongsikannya.  Disamping itu mata pelajaran bahasa Inggeris juga diajar malah menurut ayah dan ibu admin sendiri yang pernah belajar di sekolah tersebut, bahasa inggeris boleh dikatakan sebagai bahasa pengantar yang digunakan para guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pada waktu itu. .
     Selain sekolah, klinik juga dibina bagi meningkatkan lagi taraf kesihatan penduduk pada masa itu.  Dengan adanya klinik tersebut, pelbagai penyakit seperti batuk kering, demam, selsema, penyakit kuning (bagi bayi) dan banyak lagi mendapat rawatan awal.  
    Disamping membina sekolah dan klinik, gereja juga dibina untuk tujuan keagamaan.  Sebelumnya dikatakan bahawa terdapat masyarakat Tongod yang mengamalkan kepercayaan animisme.  "Mamiau" misalnya, merupakan salah satu contoh upacara yang berkaitan dengan kepercayaan animisme.    Menurut ayah dan ibu admin, "mamiau" dilakukan di batu-batu besar yang terletak di tebing-tebing sungai dan akan diketuai oleh seseorang yang digelar"babalian".  Gambar di bawah merupakan gambaran lokasi tempat menjalankan upacara "mamiau".
Lokasi kampung yang agak jauh dari kawasan bandar dan pekan menyebabkan kesukaran dalam perhubungan.  Keadaan ini ditambah lagi dengan ketiadaan jalan darat yang biasanya menjadi jalan perhubungan.  Masyarakat Tongod pada ketika itu hanya bergantung kepada pengangkutan air untuk tujuan perhubungan, itupun hanya terhad pada tempat-tempat yang dekat sahaja.  Biasanya perahu digunakan apabila hendak ke suatu tempat.  Contoh tempat yang dapat dihubungi melalui jalan sungai adalah, Kg.  Tampasak dan Kg. Tongod.  Disepanjang sungai Tongod, terdapat beberapa kampung yang akan dilalui seperti Kg. Sumilad, Kg. Lilingkuon (KL), Kg. Kliliwatong (KK), Kg. Malagatan, Kg. Kiandungo dan banyak lagi.  Sebaliknya kampung-kampung seperti Kg. Bulot, Kg. purutawoi, Kg. Talibu, dan banyak lagi terletak di sepanjang sungai "Milian".  Gambar di bawah menunjukkan perahu pada masa kini masyarakat Tongod, sungai Tongod dan sungai Milian. Kini keadaan Tongod sudah berubah, kemudahan pendidikan dan kesihatan semakin baik, jaringan pengangkutan juga semakin luas dengan adanya jalan raya berturap, jaringan komunikasi juga semakin baik dengan celcom sebagai perintis pertama, kemudahan lain juga seperti pentadbiran dan keselamatan semakin baik dengan adanya Pejabat Urus Setia dan Balai Polis, dan kegiatan perniagaan juga semakin aktif dengan adanya pusat niaga atau lebih dikenali sebagai SEDCO. Sekian dulu perkongsian admin, sebarang kekurangan atau kelemahan mohon dimaafkan ya. Sebarang tambahan maklumat, komen, atau penambahbaikkan dialu-alukan. Admin juga memohon maaf kerana jarang sekali mengemaskini blog, atas faktor kerjaya admin sering mengalami kekangan masa. Buat para pengunjung blog yang mengenali admin, jangan malu jangan segan, komen-komen la sikit. Jika terjumpa dimana-mana, ajaklah duduk minum kopi. Kalau ada kopi tenom + kuih cincin, lebih bagus lagi.Kalau tak sempat ajak pun, jerit sajalah dari jauh "Oh!! busku!!".

8 comments:

  1. thanks for the this infomation .

    ReplyDelete
  2. thanks for the this infomation .

    ReplyDelete
  3. thanks for the this infomation .

    ReplyDelete
  4. thanks for the this infomation .

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Kan..sekarang byk berubah sudah tu sungai. Tak cantik mcm dulu lg

      Delete
  6. kapal kayu kecil boleh masuk sampai tongod kah?

    ReplyDelete
  7. Kalau menurut cerita bapa saya, dulu-dulu memang ada dan boleh masuk

    ReplyDelete